Assalamualaikum & 1 salam malaysia..
entry aku hari nie agak panjang.so aku nak ingatkan untuk sesiapa yang
ada rasa malas untuk membaca,ada rasa pening2,
loya dan ada sakit asma di nasihatkan bookmarks je
dan ambil masa yg lain untuk membaca entry nie...
ok jom proceed!
korang tau tak ada beberapa perkara kat dunia ni korang mesti terima dengan ikhlas hati
dan fakta nie korang xboleh sangkal sama sekali..huhu..cuba baca kat bawah nie..then korang nilai lah sendiri..fakta nie betol ke tak :P
1. korang tau tak bila korang ambil 350ml air dari sinki & korang tuangkan dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling & dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan 1 cecair yang dinamakan air masak.
2. korang percaya tak air sirap yang korang suka minum tu merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter,sebab..seorang pembina helikopter memerlukan air sirap unutuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah bertentangan.
4. Dalam bahasa Inggeris dan Italy jurugambar dikenali sebagai paparazzi,perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960, & dalam bahasa melayu pula,ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Magnet adalah sejenis logam yang juga digelar besi berani,kerana magnet ialah besi yang berani menarik buti-butir besi lain kearahnya.Begaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Korang tau tak yang cicak akan memutuskan ekornya apabila diganggu.Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu,ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi sebab cicak percaya yang tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Bunyi lempeng & tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.Tetapi,walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
9. Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar,kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas.Ini kerana setiap burung mempunyai alamatnya sendiri sebenarnya.
10. Korang tau bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
11. Gunung berapi yang berusia 300 tahun disahkan masih aktif untuk meletup.Tapi mengikut kajian ahli gunung,api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama 3 bulan
12. Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit/duit,pangkat,kedudukan dan harta dunia ialah Orang utan.
13. Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapas,perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan.Nasi ayam juga boleh digunakan sebgai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang di makan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Fakta tambahan,hampir kesemua pembaca post ini telah cuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.
15. Dan korang tau tak yang korang dah berjaya baca sampai habis entry aku kali nie..wohoho..
** felicitaciones & gracias c: